Dari Rumah Kita, Untuk Palestin
Bayangkan setiap rumah Muslim memiliki satu Tabung Hayat Palestin. Jadikan rumah anda sebahagian daripada gerakan pembebasan Al-Aqsa dan didik keluarga mencintai Palestin secara istiqamah dengan Kempen Satu Keluarga, Satu Tabung (1K1T).
Dapatkan Tabung Untuk Keluarga SayaApa Itu Kempen 1K1T?
Satu Keluarga, Satu Tabung (1K1T) adalah sebuah gerakan dakwah keluarga anjuran Pertubuhan Global Hayat yang bermula dari rumah. Ia bukan sekadar kempen derma biasa, tetapi satu inisiatif untuk menyemai tanggungjawab membela Palestin secara berterusan dan istiqamah di dalam jiwa setiap ahli keluarga.
Kenapa Tabung Ini Perlu Ada Di Rumah Anda?
Menghidupkan Semangat
Memastikan api perjuangan membela Al-Aqsa sentiasa hidup dalam rumah tangga.
Pendidikan Praktikal
Mendidik anak-anak untuk peka dan mencintai Palestin sejak dari kecil lagi.
Mengundang Keberkatan
Membawa masuk keberkatan ke dalam rumah melalui amalan bersedekah keluarga.
Amalan Konsisten
Membiasakan diri dan keluarga dengan sedekah dan doa secara istiqamah, walaupun sedikit nilainya.
Peringatan Bersama
Menjadi simbol yang sentiasa mengingatkan kita akan amanah ummah yang belum selesai.
Fakta & Realiti Semasa!
Bagaimana Nak Bermula?
Lengkapkan permohonan di bawah untuk mendapatkan Tabung Hayat Palestin anda.
Posisikan tabung di kawasan tumpuan rumah (ruang tamu / meja makan).
Sematkan tabiat harian keluarga untuk menyumbang dan berdoa buat saudara di sana.
Serahkan hasil kutipan keluarga kepada Global Hayat pada tempoh yang ditetapkan.