Ramadan Ini, Jangan Biarkan Gaza Berbuka Dalam Kelaparan
Di saat kita menanti azan Maghrib, ada keluarga di Gaza yang berpuasa tanpa kepastian sama ada mereka mampu makan atau tidak.
Rakaman Bantuan Ramadan Tahun 2025
Berikut adalah sebahagian rakaman penyaluran bantuan Ramadan sebelum ini sebagai gambaran amanah dan impak sumbangan anda.
Ramadan Bukan Bulan Yang Mudah Bagi Gaza
Ramadan sepatutnya bulan rahmat dan iftar bersama keluarga. Namun di Gaza, ramai menyambut Ramadan dalam kekurangan makanan, trauma dan beban hidup yang berat.
Bekalan makanan terhad, harga barang asas melambung, dan kanak-kanak serta warga emas paling terkesan.
Satu sumbangan kecil dari anda mungkin menjadi satu-satunya juadah berbuka bagi mereka.
Bentuk Bantuan Ramadan Hayat
Melalui kempen Ramadan Hayat, sumbangan anda akan disalurkan dalam bentuk bantuan berikut kepada keluarga dan komuniti di Gaza:
Memberi kegembiraan kepada kanak-kanak dan keluarga Gaza agar mereka tetap dapat merasai nikmat Aidilfitri walaupun dalam serba kekurangan.
Bekalan makanan asas untuk membantu keluarga menyediakan juadah sepanjang bulan Ramadan.
Penyediaan makanan berbuka puasa bagi keluarga yang terjejas, termasuk kanak-kanak dan warga emas.
Menyokong pembinaan dan pemulihan masjid sebagai pusat ibadah, komuniti dan harapan untuk masyarakat Gaza.
Setiap sumbangan anda adalah amanah dan menjadi sebahagian daripada usaha berterusan membantu Gaza bangkit dengan maruah.
Hulurkan Bantuan Ramadan
Setiap hari Ramadan adalah peluang pahala berganda.